Makan Tengahari di Restoran Kak Ani Langkawi

Jika korang sampai pulau lagenda Pulau Langkawi ketika waktu tengahari, Restoran Kak Ani Langkawi mesti ada dalam jadual. Menikmati hidangan nasi campur ala kampung, restoran ini menyajikan pelbagai pilihan lauk untuk dipilih.

Restoran Kak Ani Langkawi

Lokasi yang amat strategik, terletak di tepi jalan amat mudah untuk sampai ke sini.

Cari sahaja stesen minyak PETRONAS Klibang, pasti akan nampak kedai makan di seberang jalan.

Pelbagai Lauk di Restoran Kak Ani Langkawi

Restoran Kak Ani Langkawi

Restoran Kak Ani Langkawi

Melangkah masuk ke sini, mata pasti terpandang dengan deretan lauk-pauk yang pasti membuatkan perut terus rasa lapar. Lagi pula yang baru sampai dari tanah besar dengan feri. Terus nak makan.

Ada pelbagai pilihan lauk-pauk yang boleh dipilih.

Ikan bakar dan ulaman menjadi pilihan utama mereka yang berkunjung ke Restoran Kak Ani Langkawi.

Harga yang berpatutan pasti akan ada yang ke sini lagi.

Info

Restoran Kak Ani

1, Jalan Padang Matsirat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *