Laksa Power Pantai Airport Tempat Makan Best di Langkawi

Kalau tengah cari nak makan yang santai dan best di Langkawi, boleh terjah Laksa Power Pantai Airport. Laksa Power Pantai Airport salah satu tempat menarik di Pulau Langkawi untuk makan-makan.

Terletak di sebelah Lapangan Terbang Langkawi, ia menyajikan pemandangan yang santai, udara yang nyaman sambil menikmati pemandangan pantai dan kapal terbang berlepas dan mendarat.

Laksa Power Pantai Airport

Di sepanjang jalan di belakang airport terdapat banyak gerai jual makanan. Namun gerai Laksa Power yang sentiasa ramai orang kunjungi. Dah nama pun Laksa Power, hidangan paling best sudah tentu laksa. Admin suka makan Rojak Mahsuri.

Laksa Power

Selain laksa dan rojak, terdapat juga pilihan makanan lain di sini. Mee Udang, Char Koay Teow dan cendol sentiasa menjadi pilihan.

Waktu petang paling sesuai datang ke sini. Tak panas dan angin sepoi-sepoi bahasa. Lepak sambil tunggu matahari terbenam pun best juga.

Hidangan Best di Laksa Power Pantai Airport

Laksa

Laksa di sini memang power. Kena dengan selera.

 

Rojak Mahsuri

Admin paling suka Rojak Mahsuri. Rasa lebih kurang sama dengan rojak Pulau Pinang. Banyak pilihan untuk diambil. Harga pun berpatutan.

Okay apa kata yang nak ke Langkawi tu boleh singgah Laksa Power Pantai Airport Langkawi. Makan sambil layan kapal terbang turun naik.

 

 

Join the Conversation

5 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *