Jika bercuti di Cameron Highland, pasti kita akan mencari tempat makan yang best. Selalunya orang akan syor makan di ladang teh yang popular di sini. Ada satu lagi tempat makan yang best. Tetapi makan di ladang strawberi. KHM Strawberry Cameron Highland tempat makan yang santai dan sedap.
KHM Strawberries & Jam yang terletak di Taman Sedia Tanah Rata antara ladang strawberi yang dimiliki oleh pemilik bumiputra.
Makan di Ladang Strawberi KHM Strawberry Cameron Highland
Menarik di KHM Strawberries & Jam ini selain dari kita melihat buah strawberi dengan lebih dekat, kita boleh menjamu selera. Di sini terdapat pelbagai hidangan ringan yang berasaskan strawberi.
Kita dapat makan hidangan serta petik buah strawberi di tempat yang sama. Selain itu, dapat menikmati pemandangan kebun strawberi yang comel bersama keluarga.
Selepas makan di sini jangan lupa beli jam strawberi untuk di bawa pulang sebagai kenangan.
Info KHM Strawberry Cameron Highland
No 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. (163.18 km)
39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
05-491 1836
Sedapnya nampak kek dengan buah strawberi tu. Dulu akak suka camping di CH. Dan suka beli Jen strawberi atau makan terus Sana sedap. Rindu lokasi ini.
Bestnya akak camping kat CH
Syok la dpt mkn strawberry yg dipetik.. Last pegi Cameron time belum kawin ngan kawan2 ..ni dh kawin and ada anak, xpegi22 pn
Hehe kena pergi lagi tu. Banyak tarikan baru sekarang ni.
Terliur la tengok kek tu aduhaiiiii
Sedap kek tu