Jom Breakfast – Kafe Sarapan Ringkas dan Murah

JOM BREAKFAST

Kafe Jom Breakfast merupakan antara kafe yang semakin popular di Sungai Petani. Menampilkan menu sarapan yang ringkas, kafe ini pasti membuat kita yang pernah ke sini pasti akan datang kembali. Memang sedap terangkat. Bermula hanya beberapa menu, kini Jom Breakfast telah menghidangkan pelbagai menu sesuai untuk seisi keluarga.

Fakta Tentang Jom Breakfast

  • Mula beroperasi pada tahun 2017.
  • Menu popular di Jom Breakfast ialah Kacang Pool yang di makan bersama roti bakar. Resipi Kacang Pool ini merupakan resipi asli pemilik kafe.

kacang pool

  • Terdapat juga menu ringkas seperti roti kukus sambal ikan bilis, sweet bun dikukus lembut bersama kaya lemak berkrim dan juga roti bakar.

roti sambal ikan bilis

sweet bun kukus

  • Antara menu istimewa lain yang popular di Jom Breakfast ialah mi kari dan lontong.

mi kari

lontong

  • Selain menu yang lazat, terdapat juga pelbagai minuman yang menyegarkan untuk dinikmati.
  • Menu yang ditawarkan bermula dari RM 2.50

Lokasi Jom Breakfast

info

C182, Lorong 12, Taman Sejati Indah, Sungai Petani,Kedah
( di sebelah kanan PARKSON Taman Sejati deretan rumah)
facebook.com/jombreakfastsp

Waktu perniagaan
7:30-11:45 pagi.
Tutup setiap hari SELASA.

 

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *