Percutian Alam di Gerchang Lake House

Bagi yang inginkan percutian yang damai dan dekat dengan alam, Gerchang Lake House pasti menjadi pilihan. Di sini pelbagai aktiviti boleh dijalankan sesuai dengan mereka yang sukakan eco-tourism.

Terletak di Diamond Creeks, Behrang Ulu, Gerchang Lake House menyediakan penginapan yang tenang dan damai. Suasana tenang dikelilingi pohon menghijau, kicauan burung yang memeriahkan suasana pagi dan udara yang nyaman, inilah yang menanti penginap di sini.

Gerchang Lake House

Gerchang Lake House

Gerchang Lake House sesuai dijadikan tempat untuk bersantai, berehat dengan keluarga sambil mendekatkan diri dengan alam semulajadi.  Keistimewaan di sini adalah apabila melangkah kaki ke dalam rumah, korang seperti berada di dalam galeri seni.

Terdapat pelbagai lukisan dan koleksi peribadi dijadikan hiasan di dalam dan luar rumah penginapan yang unik ini. Semuanya mempunyai nilai seni yang tinggi. Rumah yang mempunyai 4 bilik dan 2 bilik air sesuai untuk mereka yang suka kedamaian dan juga ketenangan.

Homestay Gerchang

Gerchang Lake House

Gerchang Lake House

Gerchang Lake House

Gerchang Lake House

Aktiviti Silvertotis Semai’s Indegenous Camp

Bagi yang menginap di Gerchang Lake House, jangan lepaskan peluang untuk ambil pakej aktiviti Silvertotis Semai’s Indegenous Camp. Ada pelbagai aktiviti yang ditawarkan.

Terdapat tiga pakej yang boleh dipilih. Yang pasti setiap pakej anda akan dibawa ke air terjun dan mendekati Orang Asli Kaum Semai.

Air Terjun Gerchang di Tanjung Malim

Pakej Yang Ditawarkan

Gerchang Lake House

Gerchang Lake House

Untuk keterangan Lanjut:

Gerchang Lake House

Alamat: Lot 7, Gerchang Lake House, Diamond Creeks
35900 Tanjongmalim, Perak, Malaysia

No telefon: 0124419410

Facebook: https://www.facebook.com/gerchanglakehouse/

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *