Bilik Mengadap Laut di Best Star Resort Langkawi

Mencari penginapan yang selesa dengan harga berpatutan pasti menjadi idaman mereka yang berkunjung ke Langkawi. Kami di KatManaBest ingin mencadangkan Best Star Resort Langkawi untuk anda yang mencari bilik yang luas sesuai untuk seisi keluarga.

Bahkan dengan hanya RM270 semalam, anda dapat menginap di bilik yang mengadap laut. Boleh layan sunset dari atas katil lagi.

Best Star Resort Langkawi

Best Star Resort terletak di Pantai Cenang, Langkawi. Ia adalah destinasi percutian yang sempurna, cantik dan indah untuk dikunjungi.

Resort ini menawarkan pengunjung bersantai, privasi ketenangan sendirian serta pemandangan indah menghadap ke laut.

Sunset d Pantai Cenang
Pemandangan dari Best Star Resort

Antara kemudahan di Best Star Resort:

  • Lobi Hotel
  • Tour Desk.
  • Wi-Fi percuma di setiap bilik dan lobi
  • Beach Front.
  • Kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Aktiviti dan sukan air
  • Convenience Store

Pilihan Bilik di Best Star Resort Langkawi

Best Star Resort menawarkan 4 pilihan bilik bermula dari RM180 semalam. Bilik Standard Superior dan Family Room. Kedua-dua bilik ini normal view. Tapi kalau nak bilik mengadap laut, boleh pilih bilik Deluxe atau Super Deluxe.

Super-Deluxe-Room-Best-Star-Resort

Super-Deluxe-Room-Best-Star-Resort Super-Deluxe-Room-Best-Star-Resort Super-Deluxe-Room-Best-Star-Resort

 

Bilik di sini semuanya disediakan katil bersaiz king atau 2 katil single. Setiap bilik kecuali Superior Room disediakan tab mandi.

Menjamu Selera

Restaurant-Best-Star-Resort

Di sini tidak disediakan sarapan pagi. Namun berdekatan kawasan resort terdapat banyak kedai dan gerai untuk bersarapan.

Resort menyediakan Beach Cove Restaurant yang dibuka jam 11.00 pagi sehingga 10.30 malam untuk menjamu selera di tepi pantai.

Terdapat hidangan tempatan, Asian dan Barat disediakan.

Info Best Star Resort

Best Star Resort

Lot PT 892,
Jalan Pantai Cenang,
Mk Kedawang,
07100 Langkawi,
Kedah, Malaysia

Tel : +604 955 3809
Fax : +604 955 1809
E-mail: info@beststarresort.com

Laman Web : Best Star Resort

Untuk tempahan dengan harga tawaran boleh layari AGODA.

Selamat bercuti dari kami KatManaBest

Join the Conversation

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *